Wednesday, March 30, 2011


Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.
Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan. Tapi  silapnya pada masa kini,  fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.
Konsep Pertunangan
Menurut konsep pertunangan dalam Islam yang sebenarnya, sesebuah  pasangan perlu bertunang terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan hati mereka. Ia tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan agar diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas hati dengan sikap, perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat tali pertunangan. Ia sekadar menjadi petanda seseorang itu sudah mempunyai pemilik.
Bertunang tiada bezanya dengan bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.
Jauhi Perkara Zina
Kebanyakan umat Islam hari ini menganggap penzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram. Sebenarnya, bukan perbuatan zina itu sahaja yang dilarang keras tetapi kelakuan dan tindak tanduk yang mendorong berlakunya perbuatan tersebut. Maksud perkataaan zina itu luas yang mana meliputi semua aspek perlakuan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Zina kedua-dua mata itu memandang perempuan yang ajnabi, zina kedua-dua telinga itu mendengar, zina kedua-dua tangan itu menyentuh, zina kedua-dua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini dan menangan-angankannya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Jelaslah kepada kita semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram termasuklah yang sudah bertunang atau tidak, melainkan yang sudah berkahwin adalah dikira zina. Ia adalah perkara-perkara yang membuka peluang dan menimbulkan dorongan sekali gus memberi laluan mudah kepada pasangan bertunang untuk melakukan permulaan zina. Ini kerana, mereka telah meletakkan diri mereka berdua-duaan di suatu tempat dan seterusnya mendorong melakukan kemuncak kepada perbuatan yang terkutuk. Apabila berdua, maka akan ada yang ketiga.
Rasulullah SAW telah bersabda, "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan." (Hadis Riwayat Imam Ahmad).
Ramai Bersubahat
Larangan berdua-duaan dan perlakuan yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan sahaja ditujukan kepada pasangan yang bertunang sahaja tetapi termasuklah orang-orang sekeliling yang turut terbabit atau bersubahat. Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa mereka secara tidak langsung terlibat dengan perlakuan yang hampir kepada zina. Contohnya dalam kalangan ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak teruna dan gadis mereka keluar berdua-duaan. Kononnya,  ibu bapa yang 'sporting' dan memberi kebebasan serta kepercayaan kepada anak-anak mereka.
Kerana ceteknya ilmu agama dan terpengaruh dengan amalan dan budaya sosial Barat yang moden dan terkini, mereka tidak mahu dipandang kolot dan dan dilihat alim. Ramai yang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa dan sudah menjadi tradisi malah selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan pula, ada ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak berdua-duaan dengan tunang dan kekasih mereka kerana mengingatkan manisnya zaman percintaan mereka semasa muda dahulu dan ingin anak-anak mereka merasai nikmat alam percintaan sebagaimana mereka dahulu.
Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat
Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya. Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang. Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah. Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.
Oleh itu, walaupun sudah bertunang, jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri. Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan, tidak mendedahkan aurat, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan. Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya. Jagalah maruah agama, diri dan keluarga. Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.
Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya dan kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.

Tuesday, March 29, 2011

hye u ollls..
bz sikit skang nie..final exam..n siapkan barang hantaran utk my kazen...
sangkar2 burung n tema biru  n silver..cntik..
skang nie plak bru jewk 10 minit menyiapkan greeting card 4 my fwen..
dye mintak tlg buatkan..hehehhehe..cantiik x??komen lah sikit...





yg merah 2 utk saya...yg ijau 2 kawan sy punya..nk bg bf dye argh kan...hehhehehehhe..esk nk buat sampul ny plak...malam nie dah xlarat sgt2...mata dah mula pedih..bantal n my selimut tebal dah memanggil2 menjerit nama ku nie..hahahhahahhaha,.nyte u alls n enjoy ur dream ye...
        

Monday, March 28, 2011







Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Saturday, March 26, 2011

ermmmm ari nie agak penat sikit coz menolong..
hehhehehhehe..
tlg pun nk bgtaw kan..
xtually i tlg abg ipar kwn i kemas barang nak pindah..
dah sentul ke bangi..
hehhehehehehehe.. 
dari dowk rumah jewk bek ak p tlg..
dpat jgk lah pahala..
k2 t i upload pic ye..
xtually more 2 tlg jaga ank dye yg cml cute miut tue..
FALAQ..
bukanny angakt barang sangat pun..

Saturday, March 19, 2011

PETUA :


1.MERAWAT KUKU CAGU : Ambil 2 sudu cuka dan siramkan pada kaki yang terkena cagu..lakukan berulang kali dalam masa seminggu.


2. PENAWAR KENCING MANIS : Rebus kulit jering,petai dan buah pinang muda dengan 3gelas air sehingga tinggal 1 gelas. Minum setiap malam sebelum tidur.


3. PENAWAR MALARIA : Tumbuk daun betik dan perah airnya untuk dibuat air mandian. lakukan 2@ 3 kali. insyaALLAH.


4. KULIT  BAYI CERAH : Makan banyak sayur2an hijau terutama sayur bayam. selain itu makan telur ayam kampung..amalkan sehingga melahirkan anak.


5. MEMBUANG LEMAK AYAM : gaul dan perapkan daging ayam dengan tepung gandum selama setengah jam sebelum memasakny.


6. MENYIMPAN GULA : letakkan roti ke dalam balang gula. ini kerana roti akan menyerap kelembapan.


7. KASUT SEKOLAH BASAH : masukan gumpalan kertas surat khabar ke dalam kasut. kemudian letakkan belakang peti ais.


8. MENCUCI BEG TANGAN JENIS KULIT : Letakkan sedikit ubat gigi di atas kain perca @ span,gosokkan lah pada seluruh beg tangan.lap dengan kain kain yang bersih.


9. MENANGGALKAN KESAN DARAH HAID : campurkan garam kasar dengan air. rendamkan pakaian dan biarkan semalaman.kemudian cuci seperti biasa.


10. PARUT TIDAK BERBEKAS : tumbk kelopak bunga raya merah dan kemudian sapu pada parut. biarkan kering kemuan cuci dengan air suam.lakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
 beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk berjimat...
  1. Kurangkan makan di luar. Breakfast dan dinner kat rumah. Tahukah anda kos untuk buat teh kat rumah tak sampai 30sen. Anda terpaksa bayar RM1.20 kat kedai mamak!
  2. Beli barangan di pasaraya. Beli stok barangan dipasaraya untuk menjimatkan wang. Barangan dikedai runcit agak mahal. Tapi anda mesti berbelanja dengan menulis senarai barang dahulu!
  3. Rancang perjalanan. Selesaikan urusan sambil-sambil pergi/balik kerja. Jangan keluar banyak kali. Petrol mahal.
  4. Rancang perjalanan dan berikan lebih masa untuk sampai ke tempat yang dituju. Kalau bawa kereta tergesa-gesa dengan menekan pedal minyak dan brek secara mengejut, akan menambahkan penggunaan petrol. Ingat, petrol mahal.
  5. Pergi ke pusat membeli belah pada hari bekerja sebelah malam. Kalau pergi hari minggu, ramai orang bersesak-sesak, nak parking pun makan masa setengah jam, parking pun naik harga dari RM1 ke RM3, nak keluar pun jem.
  6. Beli barangan semasa ada sale. Barang seperti baju dan seluar (selain makanan) ada sale bila tiba musim perayaan. Jadi tunggulah masa harga murah untuk membeli.

Friday, March 18, 2011

makanan kesihatan

1. Bayam: Sayuran hijau dan berdaun ini adalah makanan sebenar untuk manusia. Pembina bisep yang kaya dengan folat dan omega 3 berasaskan tumbuhan ini membantu mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan osteoporosis. Folat sebenarnya membantu aliran darah ke zakar.

Enlarge this image 






Bayam juga mengandungi lutein, sejenis bahan yang melawan penurunan makular akibat faktor penuaan. Amalkan satu cawan bayam segar atau setengah cawan bayam yang dimasak setiap hari.
alternatif: Sayur kale, kubis cina, salad
2. Yogurt : Banyak budaya mendakwa susu masam atau yogurt merupakan ciptaan mereka, tetapi kebaikan makanan berusia 2,000 tahun ini untuk kesihatan tidak boleh pertikaikan.

AMALKAN satu cawan susu masam setiap hari. 



Proses penapaian selama beratus juta tahun terhadap organisma probiotik yang menyediakan bakteria baik dalam tubuh anda itu, memangkin sistem imunisasi dan pencegahan daripada kanser.
Tetapi, bukan semua yogurt probiotik. Jadi pastikan anda membaca label yang menyebut mengenai kultur hidup dan aktif.
Amalkan satu cawan yogurt sehari.
alternatif: Kefir, susu masam soya
3. Tomato: Terdapat dua perkara yang perlu anda tahu mengenai tomato. Tomato yang berwarna mengandungi bahan antioksida licopene manakala tomato yang diproses juga sama khasiatnya seperti buah yang segar.

TOMATO membantu merendahkah risiko kanser pundi kencing, paru-paru, prostat, kulit dan perut serta penyakit jantung koronari. 



Kajian mendedahkan diet licopene yang tinggi boleh membantu merendahkah risiko kanser pundi kencing, paru-paru, prostat, kulit dan perut serta penyakit jantung koronari.
Dapatkan sekurang-kurangnya 22 miligram licopene setiap hari iaitu bersamaan lapan biji ceri tomato atau segelas jus tomato.
alternatif: Tembikai merah, buah gadang merah jambu, jambu batu dan betik.
4. Lobak merah: Kebanyakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang berwarna merah, kuning atau oren mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risiko pelbagai jenis kanser dan radang seperti asma serta penyakit artritis reumatoid.






Amalkan setengah cawan lobak merah setiap hari.
alternatif: Keledek, labu, mangga, lada benggala kuning
5. Bluberi: Perumah kepada antioksidan berbanding buah-buahan lain. Ia membantu mencegah kanser, diabetes dan perubahan pada memori yang mempunyai kaitan dengan peningkatan usia.






Kajian mendapati, bluberi kaya dengan serat, vitamin A dan C yang merangsang kepada kesihatan kardiovaskular.
Amalkan secawan bluberi segar setiap hari atau setengah cawan bluberi dingin beku atau kering.
alternatif: Anggur ungu, buah prun, kismis, strawberi
6. Kacang hitam: Kesemua jenis kacang baik untuk kesihatan jantung, tetapi tiada satu pun yang boleh merangsang kuasa otak seperti kacang hitam. Ini kerana ia mengandungi antocianin, sejenis antioksidan yang membantu memperbaiki fungsi otak.

KACANG hitam boleh merangsang otak. 



Setengah cawan hidangan kacang hitam menyediakan 8 gram protein dan 7.5 gram serat yang rendah kalori dan bebas lemak tepu.
alternatif: Kacang pis, dal, pinto
7. Walnut: Kaya dengan omega-3 untuk kesihatan jantung ia jauh lebih tinggi berbanding salmon. Ia juga diperkaya dengan polifenol iaitu sejenis bahan antiradang dan mengandungi protein yang membina otot-otot sama seperti protein ayam. Lain-lain kekacang juga mengandungi kombinasi bahan-bahan ini tetapi tidak ketiga-tiganya.

WALNUT kaya dengan Omega-3. 



alternatif : Badam, kacang tanah, pistachio, hazel.
8. Oat: Makanan kesihatan yang pertama mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA). Ia mengandungi serat larut yang merendahkan risiko sakit jantung. Oat kaya dengan karbohidrat. Setiap setengah cawan hidangan oat mengandungi 10 gram protein iaitu menyamai tenaga pembinaan otot-otot.

Thursday, March 17, 2011

tip mudah untuk mengurangkan kalori?

1. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.

2. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.

3. Gunakan pinggan salad.

4. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.

5. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.

6. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.

7. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.

8. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.

9. Simpan jurnal makanan.

10. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"

11. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.

12. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.

13. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.

14. Bawa bekal makanan sendiri.

15. Duduk tertib semasa makan.

16. Campurkan jus dengan air.

17. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

18. Makan masakan sendiri di rumah.

19. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim 



p/s : tgh cuba gne diet nie..agk2 saya leh kurus x??mintak2 boleh lah kan...amin
 6 tips mudah untuk anda yang berhadapan dengan masalah susah tidur :
  1. Langkah pertama ialah amalkanlah untuk keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini dapat membantu menyelaraskan kembali sistem badan anda dan seterusnya membolehkan anda tidur lena pada waktu malam.
  2. Elakkan juga daripada mendapat cahaya yang terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin.
  3. Cubalah dapatkan suasana yang baik dan kondusif untuk tidur. Tak semestinya mewah, tapi cukup andai ianya membuatkan anda berasa selesa. Pastikan bilik tidur anda berada pada keadaan nyaman dan sejuk, elakkan juga daripada dimasuki terlalu banyak cahaya.
  4. Nombor empat ni pun penting. Cuba elakkan daripada berpeluh sebelum tidur. Jika cuaca agak panas, jangan bersenam selepas pukul enam petang kerana ini boleh menaikkan lagi suhu badan anda.
  5. Menurut Dr. Ian Smith daripada Papworth Hospital di Cambridge, cahaya biru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin dan menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur. Justeru,elakkan daripada melayari komputer terlalu kerap khususnya beberapa minit sebelum tidur.
  6. Langkah yang terakhir ialah kurangkan pengambilan kafein seperti minuman ringan, kopi, coklat, teh dan sebagainya. Kalau boleh, elakkan sama sekali selepas waktu tengahari.

Wednesday, March 16, 2011

kepada kawan2 yang dah abis stdy n nak p temuduga tue, nie adalah sikit tips buat korang..mintak2 ngn panduan yang aku dapat dr laman web http://www.pinah.com/career/tips-menghadapi-temuduga/ nie dapat lah kan sikit sebanyak membant korang utk dapat kerja 2..thnks pd laman web tersebut sebab bg informasi kepada kami2 yang tengah nak carik kerja nie


TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA
  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
  6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
  7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
  10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
  11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  21. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  24. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
Aku memang pantang dalam idup aku orang baca msg aku..xkisah lah kan adik ke,sepupu ke,parents ke,bff or fwen ke..yg pnting aku memang benci + xsuka owg baca msg aku..
Yg busybody nak amik tahu hal orang 2 kenapa??ko dah xde kerja ke nk stdy n buat observation msg2 org 2...eeee ap punya orang lah kan..xde akal btl..hp ko,ko taw plak nk buat pin code..takut orang bukak..dh kantoi pandai plak merayu2 mintak maaf..gne alasan xde duit lah..adik sakit r..tension..ak nk tanya lah sikit kan..klu ko baca msg2 aku 2 smue, blh ilang ke prob ko??mnyusahkan orang jewk..mcm sial kan perangai..

yups...dapat coklat lagi...ermmmmm xtaw lah sapa lah makhluk ALLAH yg bagi pada sy coklat nie..
saya balik2 jewk dari kelas dalam keadaan yg penat giler2 n semangat nk sampai rumah cepat
sbb nk tdo... tbe terkuzut gila sebab ada coklat kt cermin keta aku..
laaaaaaaaaaaaaaa...nasib baik coklat tue xcair dek panas matahari...
@ pun owg tue baru saja letak bila taw aku nak balik...
ap2 pun aku just mampu etrsenyum bila dapat coklat tue..
pndang kiri kanan memang xde orang..
aku amik jewk lah coklat nie tp masuk arinie dah 3 ari aku still xbkak..
apatah lagi nak makan...
takut lah...
mana lah tahu kan hati manusia nie berbeza2...
rambut saja sama hitam...
so kalau ada sapa2 tahu coklat ini dari siapa,
tolong beritahu saya ye...
jangan lah men sembunyi2 cam nie..
pening + serabut kepala saya memikirkan ny

Followers