beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk berjimat...
- Kurangkan makan di luar. Breakfast dan dinner kat rumah. Tahukah anda kos untuk buat teh kat rumah tak sampai 30sen. Anda terpaksa bayar RM1.20 kat kedai mamak!
- Beli barangan di pasaraya. Beli stok barangan dipasaraya untuk menjimatkan wang. Barangan dikedai runcit agak mahal. Tapi anda mesti berbelanja dengan menulis senarai barang dahulu!
- Rancang perjalanan. Selesaikan urusan sambil-sambil pergi/balik kerja. Jangan keluar banyak kali. Petrol mahal.
- Rancang perjalanan dan berikan lebih masa untuk sampai ke tempat yang dituju. Kalau bawa kereta tergesa-gesa dengan menekan pedal minyak dan brek secara mengejut, akan menambahkan penggunaan petrol. Ingat, petrol mahal.
- Pergi ke pusat membeli belah pada hari bekerja sebelah malam. Kalau pergi hari minggu, ramai orang bersesak-sesak, nak parking pun makan masa setengah jam, parking pun naik harga dari RM1 ke RM3, nak keluar pun jem.
- Beli barangan semasa ada sale. Barang seperti baju dan seluar (selain makanan) ada sale bila tiba musim perayaan. Jadi tunggulah masa harga murah untuk membeli.
No comments:
Post a Comment