Thursday, March 17, 2011

tip mudah untuk mengurangkan kalori?

1. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.

2. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.

3. Gunakan pinggan salad.

4. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.

5. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.

6. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.

7. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.

8. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.

9. Simpan jurnal makanan.

10. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"

11. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.

12. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.

13. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.

14. Bawa bekal makanan sendiri.

15. Duduk tertib semasa makan.

16. Campurkan jus dengan air.

17. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

18. Makan masakan sendiri di rumah.

19. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim 



p/s : tgh cuba gne diet nie..agk2 saya leh kurus x??mintak2 boleh lah kan...amin

No comments:

Post a Comment

Followers