Saturday, March 19, 2011

PETUA :


1.MERAWAT KUKU CAGU : Ambil 2 sudu cuka dan siramkan pada kaki yang terkena cagu..lakukan berulang kali dalam masa seminggu.


2. PENAWAR KENCING MANIS : Rebus kulit jering,petai dan buah pinang muda dengan 3gelas air sehingga tinggal 1 gelas. Minum setiap malam sebelum tidur.


3. PENAWAR MALARIA : Tumbuk daun betik dan perah airnya untuk dibuat air mandian. lakukan 2@ 3 kali. insyaALLAH.


4. KULIT  BAYI CERAH : Makan banyak sayur2an hijau terutama sayur bayam. selain itu makan telur ayam kampung..amalkan sehingga melahirkan anak.


5. MEMBUANG LEMAK AYAM : gaul dan perapkan daging ayam dengan tepung gandum selama setengah jam sebelum memasakny.


6. MENYIMPAN GULA : letakkan roti ke dalam balang gula. ini kerana roti akan menyerap kelembapan.


7. KASUT SEKOLAH BASAH : masukan gumpalan kertas surat khabar ke dalam kasut. kemudian letakkan belakang peti ais.


8. MENCUCI BEG TANGAN JENIS KULIT : Letakkan sedikit ubat gigi di atas kain perca @ span,gosokkan lah pada seluruh beg tangan.lap dengan kain kain yang bersih.


9. MENANGGALKAN KESAN DARAH HAID : campurkan garam kasar dengan air. rendamkan pakaian dan biarkan semalaman.kemudian cuci seperti biasa.


10. PARUT TIDAK BERBEKAS : tumbk kelopak bunga raya merah dan kemudian sapu pada parut. biarkan kering kemuan cuci dengan air suam.lakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

No comments:

Post a Comment

Followers